Keputusan Mahkamah yang mendapati Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai tidak bersalah telah mengejutkan pelbagai pihak terutama para penyokong reformis kerana sebelumnya mereka telah berkeyakinan bahawa mahkamah akan mendapati DSAI sebagai orang bersalah. Keyakinan ini pastinya bukan tidak memiliki asas yang kukuh kerana selama perjalanan perbicaraan mahkamah, para pemerhati melihat bahawa Badan Kehakiman negara ini jelas menjadi genggaman pihak penguasa ekskutif. Bagaimanapun, keputusan mahkamah hari ini walaupun mengejutkan para penyokong Pakatan Rakyat tetapi ia telah menggembirakan mereka sebaliknya. Apapun dan bagaimanapun keputusan mahkamah, orang yang paling gembira ialah PM Najib kerana berjaya membingungkan para penyokong reformis itu melalui penghakiman mahkamah yang dikatakan sebagai telus dan bebas itu. Pada waktu yang sama, imej Najib telah sedikit pulih khususnya pada pandangan masyarakat internationl yang sangat menekuni perkembangan politik Malaysia kini.
Frankly speaking, saya kurang yakin kalau keputusan mahkamah hari ini adalah secara kebetulan untuk menggambarkan 'kebebasan Badan Kehakiman yang sebenar. Rasa tidak yakin ini berpunca daripada rekod badan tersebut yang dilihat selama ini terus menjadi senjata pihak berkuasa untuk melumpuhkan musuh politik pihak tertentu. Selain itu, tindak-tanduk pihak berkuasa, khususnya kelompok PM Najib sejak mengambil alih dari Abdullah Badawi sangat tidak meyakinkan untuk meletakkan badan itu di tempatnya yang sebenar.
Saya menelaah perkembangan ini dari dua aspek bagi pihak pemerintah iaitu pertama, pada awal perancangan pemerintah DSAI haruslah dipenjarakan bagi memudahkan perjalanan kuasa politik mereka tidak terancam. Sebelum dimasukkan ke penjara melalui kes sodomy 2, karakter DSAI haruslah dilumpuhkan melalui gambaran jelek agar masyarakat terus tidak yakin terhadap kedibiliti DSAI. Kesannya, masyarakat Melayu khususnya menjadi kelam kabut dan terbahagia kepada dua kelompok, iaitu kumpulan percaya dan kumpulan tidak meyakini.. Percubaan (usaha-usaha) menjelekkan karakter DSAI di hadapan masyarakat Melayu adalah merupakan satu langkah efektif pihak pemerintah sebelum membuangnya ke penjara, dan usaha ini dilakukan bagi mengurangkan impak kerosakan terhadap pemerintah oleh pandangan umum.
Bagaimanapun, upaya-upaya pemerintah untuk mewarnahitamkan figur DSAI ternyata tidak membuahkan hasil malah sebaliknya mengundang impak yang menakutkan kepada pemerintah pada saat-saat penghujung perbicaraan di mahkamah. Pihak pemerintah dapat mengesan betapa tindakan untuk menghumban DSAI ke penjara itu bukan sahaja mendatangkan 'igauan buruk' malah bakal melumpuhkan jentera mereka menjelang PRU13.
Akhirnya, para think tank yang mengelilingi PM Najib bertungkus lumus membuat U-Turn agar mahkamah dilihat sebagai salah sebuah badan pemerintah yang telus dan bebas dalam kes ini. Harapan mereka ialah mengurangkan kecederaan yang melampau di pihak pemerintah agar rakyat tidak terus lari dari jangkauan kuasa pemerintah hasil 'luka-luka' kecil yang dipasang oleh agen-agen berkepentingan yang bersekongkol dengan pemerintah. Hasilnya, apa yang terjadi pada hari ini ialah pemerintah dilihat oleh rakyat sebagai sebuah kerajaan yang telus melalui peranan mahkamah walhal sebelum ini mahkamah tersebut telah awal-awal lagi membayangkan bahawa DSAI itu bakal dihumban ke penjara apabila hakim bicara membuat penghakiman bahawa Saiful Bukhari itu adalah merupakan saksi yang berwibawa dan boleh dipercaya semasa pusingan pertama perbicaraan. Andai penghakiman hari ini adalah lambang ketelusan dan kebebasan badan itu maka adalah satu kesilapan yang sangat serius dan boleh saja merobek perjalanan sejarah yang dicipta oleh badan tersebut.

No comments:
Post a Comment